|
Sejarah penubuhan koperasi bermula apabila seramai 19 orang anggota
Jabatan Ukur Negeri-Negeri Tanah Melayu mengambil inisiatif untuk
menubuhkan sebuah syarikat kerjasama. Tujuan penubuhan adalah untuk
membantu anggota Jabatan Ukur Negeri-Negeri Tanah Melayu yang menghadapi
masalah kewangan terutama oleh golongan berpendapatan sederhana
dan rendah. In adalah kerana peminjaman daripada sumber lain dikenakan
faedah yang tinggi dan tidak munasabah.
Memandangkan sangat perlunya sebuah syarikat kerjasama, maka daya
usaha diambil oleh anggota berkenaan. Mereka menubuhkan syarikat
kerjasama yang dikenali sebagai 'The federated Malay State &
Straits Settlement, Survey Department Cooperative Thrift and Loan
Society Ltd. Kuala Lumpur'. Syarikat tersebut telah didaftarkan
pada tarikh keramat 22 Januari 1926 oleh Encik A. Cavendish (Pendaftar
Syarikat Kerjasama Federated Malay States). Dengan penubuhan itu,
bermulalah detik bersejarah bagi anggota Jabatan Ukur Negeri-negeri
Tanah Melayu.
Ahli-ahli Jawatankuasa pada Mesyuarat
Agung Tahunan Kali ke-29 pada 30 Jun 1959
Semasa pemerintahan Jepun, aktiviti syarikat tidaklah aktif malahan
beku. Hal ini disebabkan oleh suasana perang Dunia Kedua yang melanda
negara ketika itu. Banyak rekod-rekod dan maklumat penting syarikat
dari tahun 1926 sehingga 1946 telah hilang disebabkan suasana peperangan
tersebut.
Sebuah catatan berkenaan perkara tersebut telah dimuatkan ke dalam
laporan Mesyuarat Agung Tahunan yang ke-17 dalam tahun 1947. Catatan
itu dipetik seperti berikut;
"... Sebelum diteruskan, jawatankuasa ini ingin menerangkan
bahawa disebabkan oleh peperangan yang baru berlaku yang tidak dapat
dielakkan, semua rekod-rekod, dokumen-dokumen, buku-buku dll., telah
dibungkus dalam tiga peti dan dihantar dalam awal Januari, 1942
dari Kuala Lumpur:- d/a Ketua Jurukur Singapura. Di manakah duduknya
peti-peti tersebut sahingga sekarang masih lagi tidak di-ketahui
dan jawatankuasa ini menganggap telah 'HILANG' ketika dalam perjalanan..."
Bagaimanapun, terdapat beberapa dokumen yang terselamat daripada
'hilang' iaitu: Buku Daftar Ahli, Buku Cek & Buku Simpanan Pejbat
Pos. Dokumen tersebut terselamat kerana Setiausaha Kehormat pada
masa itu, En. Lee Choon Yin, tidak memasukkan dokumen berkenaan
ke dalam tiga peti yang dihantar ke Singgapura sebelum meletusnya
peperangan. Setinggi-tinggi penghargaan kepadanya kerana telah menyelamatkan
beberapa dokumen pentingyang dapat dijadikan bahan-bahan bersejarah
untuk generasi akan datang.
Mesyuarat Agung Tahunan ke-17 telah diadakan pada 17 Mei 1947 di
Jabatan Ukur Selangor. Dalam mesyuarat berkenaan telah dibentangkan
Laporan dan Penyata Kira-kira dari tahun 1942 hingga tahun 1945.
Dari tarikh itulah bermulanya pemulihan kegiatan-kegiatan syarikat
hingga kini.
Pada tahun 1950, Kerajaan Pemerintah ketika itu telah menukar nama
'The Federated Malay States and Straits Settlement' menjadi Malaya.
Dengan perkembangan itu juga nama syarikat berkenaan ditukar kepada
'The Malayan Survey Department Cooperative Thrift and Loan Society
Ltd'.
Sebahagian
Ahli-ahli yang hadir di Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-33 pada
13 Julai 1963
Pada tahun 1964, nama syarikat sekali lagi ditukar kepada 'Syarikat
Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Jabatan Ukur, Negeri-Negeri
Tanah Melayu dengan Tanggungan Berhad'. Mulai tarikh itu, laporan
mesyuarat agung tahunan ditulis dalam Bahasa Melayu. Syarikat telah
menggunakan logo Jabatan sebagai logonya sejak penubuhan sehingga
akhir tahun 70an.
Nama syarikat ditukar lagi kepada 'Koperasi Jabatan Ukur Semenanjung
Malaysia Berhad' pada tahun 1980. Serentak dengan itu juga logo
baru koperasi telah diperkenalkan. Semenjak itu, Koperasi tidak
lagi menggunakan logo Jabatan dalam mengembangkan aktivitinya keseluruh
pelusuk negara.
Namun, pada tahun 1994, sekali lagi koperasi mendaftarkan nama terbarunya
iaitu 'Koperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Berhad'. Koperasi
kemudiannya diberi nama jolokan sebagai 'KOJUMA'.
Pada 22 Januari 2001, Anggota Lembaga telah bersetuju untuk
memberi nama jolokan Koperasi sebagai KOJUPEM. Nama ini adalah
gabungan perkataan Koperasi dengan nama Jabatan - JUPEM yang
merupakan induk kepada koperasi.
Koperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Berhad (KOJUPEM) bermatlamat
untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip
koperasi. Selain itu, tujuan utama penubuhan KOJUPEM adalah untuk mengadakan
pemberian pinjaman kepada anggota-anggotanya di samping menjalankan fungsi-fungsi
perumahan, pengguna, perkhidmatan, perladangan dan pengangkutan.
Bagi mencapai matlamat dan tujuan penubuhan KOJUPEM maka aktiviti-aktiviti
berikut telah dilaksanakan :-
- Menggalakkan anggota menabung dengan cara membayar yuran bulanan.
- Memberikan pinjaman/pembiayaan mengikut syariah kepada anggota dengan kadar faedah yang berpatutan.
Antara pinjaman/pembiayaan yang disediakan kepada anggota KOJUPEM ialah :-
-
Pinjaman Al Bai' Al-Inah - Jumlah pinjaman sehingga RM
50 000.00.
-
Pinjaman Al-Qardhul Hassan - Pinjaman
tanpa faedah dengan
jumlah pinjaman sehingga RM 1 000.00.
-
Pinjaman Al Bai' Bithaman Ajil
3.a) Pinjaman Kenderaan - Pinjaman untuk membantu membiayai
pembelian kenderaan.
3.b) Pinjaman Insuran Kenderaan - Nilai pinjaman yang diperolehi
adalah bergantung kepada nilai insuran kenderaan anggota yang memohon.
3.c) Pinjaman Elektrik/Perabot -
Bertujuan untuk biayai pembelian barangan elektrik atau
perabut.
3.d) Pinjaman Pelancongan - Pinjaman ini diberikan kepada anggota
KOJUPEM untuk menampung kos pelancongan.
- KOJUPEM juga ada mengeluarkan dermasiswa kepada anak-anak anggota
yang cemerlang dalam pelajaran. Dermasiswa ini diberikan kepada anak-anak
anggota yang belajar dalam darjah 1 hingga tingkatan 5.
|