• Geodetik






    Nama Produk Stesen GPS


    Gambarajah Stesen GPS 
    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Ringkasan Stesen-stesen Kawalan GPS adalah tanda-tanda yang diwujudkan untuk membentuk jaringan kawalan yang dihubungkan kepada Rangka Rujukan Kebangsaan GDM2000 dengan menggunakan pengukuran GPS. Tanda-tanda ini telah dipilih untuk digunakan sebagai kawalan bagi pengukuran kadaster, pemetaan, aplikasi tentera, kajian saintifik dan lain-lain lagi.
    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Keterangan Kini terdapat 238 Tanda Kawalan GPS ditubuhkan di Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Peninsular Malaysia Primary GPS Network 2000 (PMGN2000) dan 171 Tanda Kawalan GPS di Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai East Malaysia Primary GPS Network 2000 (EMPGN2000). Simbol G berwarna merah menunjukkan monumen GPS yang telah dibina dan mempunyai satu plat dan bolt yang diletakkan di atas sebuah monumen konkrit yang permukaannya terkeluar dari permukaan tanah. Antara tanda-tanda ini, terdapat stesen penyegitigaan atau tanda aras utama yang digunapakai sebagai stesen kawalan. Kesemuanya mempunyai koordinat GPS yang berkejituan tinggi yang sama dan adalah sesuai untuk digunakan sebagai kawalan GPS dalam sistem koordinat GDM2000.
    -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Tahun Cerapan 1994 - 2000
    Liputan 238 Stesen di Semenanjung Malaysia
    171 Stesen di Sabah dan Sarawak
    Harga Belian RM 10.00 setiap stesen
    --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Cara Mendapatkan Produk Boleh diperolehi dari Pusat-pusat Maklumat dan Jualan Data Geospatial JUPEM di seluruh negara atau secara atas talian melalui 
    e-biz JUPEM Geoportal.
     
    Tarikh Dikemaskini 01/09/2010

    Dasar Privasi | Keselamatan | Penafian | Hubungi Kami | Peta Laman

    Hakcipta Terpelihara 2010 © Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

    Sesuai dipapar menggunakan Internet Explorer versi 7.0 & ke atas dengan resolusi 1280 X 1024