Banner
Print

Pengurusan Tertinggi

 

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

YBHG. SR AHMAD FAUZI BIN NORDIN
YBHG. SR AHMAD FAUZI BIN NORDIN
JSM, SMZ, KMN

Sr Ahmad Fauzi bin Nordin telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 10 April 2014.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Geoinformatik dari Universiti Teknologi Malaysia, Postgraduate Diploma in Geographical Information System (GIS) daripada ITC, Netherlands dan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Tanah) dari Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau pernah bertugas sebagai Juruukur Daerah Kuala Kangsar, Penolong Pengarah Ukur Topografi (Wilayah Utara), Timbalan Pengarah Ukur Kedah/Perlis, Penolong Pengarah Ukur Kadaster (RT), Timbalan Pengarah Ukur (Unit Khas) Pahang, Timbalan Pengarah Ukur Perak, Pengarah Ukur Topografi Sarawak, Timbalan Pengarah Ukur Topografi 1 Topografi Semenanjung, Pengarah Ukur W.P Kuala Lumpur, Ketua Penolong Pengarah Ukur (Hak Milik), Pengarah Ukur Selangor, Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik). Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster) pada 2 September 2002 dan sebagai Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan) pada 5 April 2004. Dan seterusnya telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 17 Jun 2009 dan pada 16 November 2010 sebagai Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia I.

Beliau juga adalah Felo dan Presiden bagi Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) bagi sesi 2011/2012, Pengerusi Malaysian Building Industry Presidents Council (BIPC), Pengerusi Lembaga Juruukur Berlesen Semenanjung Malaysia dan seorang Juruukur Tanah Bertauliah.

 

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II

Sr Hasan bin Jamil
AMN

Sr Hasan bin Jamil, telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II pada 16 November 2010.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Geographical Information System (GIS) dari Universiti of Edinburgh, United Kingdom dan Sarjana Muda Ukur Tanah dari Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau pernah bertugas sebagai Juruukur di Jabatan Ukur Terengganu, Penolong Pengarah Ukur Kelantan, Juruukur Daerah Kelantan Selatan Machang, Penolong Pengarah Ukur Topografi Sabah, Pengarah Ukur Topografi Sabah, Penolong Pengarah Ukur Kadaster, Pengarah Ukur Pulau Pinang, Pengarah Ukur W.P. Kuala Lumpur, Pengarah Ukur Selangor, Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik), Pengarah Ukur Seksyen (Ehwal Persempadanan), Pengarah Ukur dan Pemetaan W.P. Kuala Lumpur dan Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan).

Beliau adalah juga sebagai Felo Pertubuhan Juruukur Malaysia dan seorang Juruukur Tanah Bertauliah.

 

Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan)

Dato' Sr Mohd Noor bin Isa
DIMP, SMP

YBhg. Dato' Sr Mohd Noor Bin Isa dan telah dilantik sebagai Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan) pada 16 November 2010.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Tanah) dari Universiti Teknologi Malaysia dan pernah bertugas sebagai Juruukur Latihan (Jabatan Ukur Perak), Juruukur Daerah Perak Utara , Penolong Pengarah Ukur Pahang, Juruukur Daerah Pahang Barat, Juruukur Urusetia Unit Khas, Penolong Pengarah Ukur (Penyelarasan & Pembangunan), Ketua Penolong Pengarah Ukur (Latihan) dan Ketua Penolong Pengarah Ukur (Penyelarasan dan Pembangunan).

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Ukur (Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan), Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang dan seterusnya Pengarah Ukur Topografi Sabah.

Beliau adalah juga sebagai Felo Pertubuhan Juruukur Malaysia dan seorang Juruukur Tanah Bertauliah.

 

Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster)

Sr Dr. Teng Chee Hua
KMN

Sr Dr. Teng Chee Hua telah dilantik sebagai Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster) pada 8 Disember 2010.

Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Newcastle Upon Tyne United Kingdom, Ijazah Sarjana (Kejuruteraan Ukur) University of New Brunswick di Canada, Postgraduate Diploma in Photogrammetry (Distinction) dari ITC, Netherlands dan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Tanah) dari Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau pernah bertugas sebagai Penolong Pengarah Ukur Topografi Wilayah Barat, Penolong Pengarah Ukur Topografi Sabah, Pengurus CALS Johor, Timbalan Pengarah Ukur Johor, Ketua Penolong Pengarah Ukur (Geodesi) dan Pengarah Ukur (Penyelarasan dan Dasar Kadaster).

Beliau adalah juga sebagai Felo Pertubuhan Juruukur Malaysia dan seorang Juruukur Tanah Bertauliah.

 

Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP)

Brigedier Jeneral Dato' Zaharin bin Din
DIMP, DPKK, JSM, PAT, PCM, ACM, KMN, AMP, PJM, PNBB, mpat, psc

YBhg. Brig Jen Dato' Zaharin bin Din telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) mulai 3 Mei 2011.

Sebelum memegang jawatan Pengarah BGSP beliau adalah Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Pertahanan Kementerian Pertahanan sejak 9 September 2005.

Beliau telah ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Jurutera DiRaja pada 25 April 1974. Beliau memegang Diploma Pengajian Pertahanan dan Strategik dari Maktab Pertahanan. Beliau juga telah menghadiri kursus-kursus tertinggi kejuruteraan sivil di Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat di Malaysia dan United Kingdom.

Beliau juga telah terlibat sepenuhnya dalam operasi menghapus pergerakan komunis Malaya dari tahun 1974 sehingga tahun 1981. Selain tugas operasi di dalam negara, beliau juga telah berkhidmat dengan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Ketua Tim Pemerhati Tentera di Sierra Leone pada tahun 2002.