![]() |
KTPK
18/4/2.01Jld.4/(73)
Ibu Pejabat
28 Ogos, 1996. |
|
PEK.KETUA
PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.3/1996
|
| 1. | Tujuan |
|
Pekeliling ini bertujuan untuk menetapkan dan menyeragamkan amalan menyediakan Pelan Akui dan penggunaan istilah dalam kerja-kerja ukur kadaster. |
|
2. |
Latarbelakang |
|||
|
|
2.1 |
Pada masa ini amalan penyediaan Pelan Akui dan penggunaan istilah ukur dalam kerja-kerja kadaster adalah berdasarkan kepada garis panduan yang terdapat dalam surat Pekeliling KPUP Bil. 4/77. Dengan perkembangan masakini melalui pelaksanaan pengkomputeran kerja ukur kadaster di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri, garis panduan yang sedia ada telah dikaji dan disemak semula bagi mendapatkan satu garis panduan baru yang seragam bersesuaian dengan keperluan semasa. |
||
|
|
2.2 |
Antara sebab-sebab yang diberikan adalah : |
||
|
|
|
i) |
Maklumat teks di atas Pelan Akui yang disediakan mengikut amalan sekarang merupakan penerangan ukur sahaja yang mempunyai fungsi sebagai maklumat sementara yang diperlukan semasa menjalankan ukuran kerjaluar dan hitungan sahaja, manakala selepas Pelan Akui diluluskan maklumat-maklumat tersebut tidak berfungsi lagi. Pengguna maklumat lebih mementingkan maklumat-maklumat seperti nilai sempadan, kodinit dan luas lot daripada maklumat-maklumat seperti tanda sempadan dijumpai, ditanam baru, ditanam pastian, jarak telah dikira, bering lama yang dihitung, telah diakui atau tidak atau sesuatu garisan adalah daripada matahari dan sebagainya. Justeru itu beberapa maklumat teks seperti 'SA Ki' , 'Ki SA' , 'Dpi' dan 'TP' yang ditunjukkan di atas Pelan Akui mengikut amalan sekarang digugurkan. Ini disebabkan oleh maklumat-maklumat tersebut boleh diperolehi daripada buku kerjaluar apabila diperlukan. |
|
|
|
|
ii) |
Jabatan juga sedang berusaha untuk mewujudkan Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) yang memerlukan keseragaman bagi maklumat-maklumat yang disimpan. Aspek ini penting untuk menjadikan Jabatan Ukur dan Pemetaan sebagai sumber maklumat berdigit utama kepada Sistem Maklumat Tanah Kebangsaan dan Sistem Maklumat Geografi (LIS/GIS). Justeru itu amalan menunjukkan maklumat tersebut di atas Pelan Akui dan penggunaan istilah ukur baru ini hendaklah mula dilaksanakan dalam kerja-kerja kadaster seperti catatan di Buku Kerjaluar, penyediaan Pelan Akui dan juga kerja-kerja penawanan data (data conversion) bagi Sistem CALS bagi tujuan keseragaman pelaksanaan di semua Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri. |
|
|
3. |
Pelaksanaan |
|
|
Amalan menunjukkan maklumat teks di atas Pelan Akui dan penggunaan istilah bagi semua kerja ukur kadaster adalah seperti di Lampiran A. |
|
|
Semua kerja-kerja yang telah dan sedang disediakan mengikut Surat Pekeliling KPUP Bil.4/77 boleh diterima oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pekeliling ini dikeluarkan. |
|
4. |
Pembatalan |
|
|
Surat Pekeliling KPUP Bil.4/77 adalah dimansuhkan. |
|
5. |
Tarikh Berkuatkuasa |
|
|
Pekeliling ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh pengeluarannya. |
| Sekian. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "CINTAILAH BAHASA KITA" (DATO'ABDUL
MAJID BIN MOHAMED)
|
| Edaran kepada:
Semua Pengarah Ukur Negeri Setiausaha, Lembaga Juruukur Tanah Salinan
kepada :
|