SEJARAH PENUBUHAN
1910 Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah ditubuhkan setahun selepas Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada tahun 1909 di mana Siam (Thailand) menyerahkan negeri Kedah dan Perlis kepada British. Pada peringkat awalnya ditempatkan di dua buah kedai yang disewakan di Bandar Alor Setar. Pada masa ini dibahagikan kepada dua daerah pentadbiran iaitu Kedah Utara di Alor Setar dan Kedah Selatan di Kulim.
1913 JUPEM Kedah berpindah dari Alor Setar ke Kulim. Bertempat di Kediaman Pengarah Ukur di Jalan Bukit Awi.
1914 JUPEM Kedah berpindah ke bangunan kedai di Jalan Raya Kulim pada April 1914.
1918 Pengukuran di Perlis bermula di bawah pentadbiran Pengarah Ukur Kedah. Juruukur Kedah Utara ditugaskan menjalankan kerja ukur bagi negeri Perlis.
1947 Pejabat Ukur Daerah Kedah Selatan, Kulim ditutup kerana kekurangan kerja dan dicantum dengan Pejabat Ukur Daerah Kedah Tengah, Sungai Petani.
1956 Pejabat Ukur Daerah Perlis ditubuhkan dengan rasminya. Ditempatkan di Jalan Hospital Kangar di bawah kelolaan Juruukur Daerah Perlis.
1964 Pejabat Ukur Daerah Perlis, Kangar berpindah ke tingkat 3 Bangunan Kerajaan Persekutuan pada 15 Ogos 1964 setelah bangunan di Jalan Hospital diambil alih oleh Pejabat Rancangan Penyeliaan Tanah Perlis.
1968 JUPEM Kedah berpindah ke bangunan sendiri yang diduduki sekarang pada 15 Jun 1968 setelah 54 tahun ditempatkan di bangunan kedai. Perasmian bangunan JUPEM Kedah/Perlis pada 18 November 1968 oleh YB Menteri Tanah dan Galian, Hj. Abdul Rahman bin Yaacob.

Pejabat Ukur Daerah Kedah Utara, Alor Setar berpindah dari Jalan Kolam Ayer ke Bangunan Ukur, PKNK pada 8 Julai 1968.

1971 Pejabat Ukur Daerah Kedah Tengah/Selatan, Sungai Petani berpindah ke tingkat 4, Bangunan Persekutuan, Sungai Petani pada 26 Jun 1971.
1978 Pejabat Ukur Daerah Kedah Utara, Alor Setar berpindah ke tingkat 4, Bangunan Persekutuan, Alor Setar pada 26 Julai 1978.
1983 Pejabat Ukur Daerah Kedah Selatan, dipisahkan dari Pejabat Ukur Daerah Kedah Tengah/Selatan, Sungai Petani dan ditempatkan di tingkat bawah Bangunan JUPEM pada 2 Mei 1983.
1995 JUPEM Perlis diwujudkan secara berasingan dari JUPEM Kedah/Perlis pada 1 November 1995.

carta_kedah

 

Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah

Pengarah:
Hj. Anual bin Aziz
anual@jupem.gov.my

1187 Jalan Raya, 09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.

Tel: 04-4906181
Faks: 04-4904223

Pejabat Ukur Daerah

Pejabat Ukur Daerah Kedah Utara
Tingkat 3, Zon C, Wisma Persekutuan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Bandar Mu’adzam Shah,
06550 ANAK BUKIT

Tel: 04-7323253
Faks: 04-7320779

Pejabat Ukur Daerah Kedah Tengah
Bangunan Tunku Abdul Malik, Jalan Ibrahim
08000 SUNGAI PETANI

Tel: 04-4212168
Faks: 04-4250284

Pejabat Ukur Daerah Kedah Selatan
1187, Jalan Raya
90000 KULIM

Tel: 04-4906166 ext.108
Faks: 04-4904223