SEJARAH PENUBUHAN
1910 Jabatan Ukur dan Pemetaan Kelantan ditubuhkan pada 11 Julai 1910 di suatu kawasan yang dikenali sebagai Buluh Kubu dengan dianggotai 6 orang kakitangan. Kemudiannya pejabat berpindah ke Bangunan Carnegie, Jalan Doktor sehingga pada tahun 1931 ditempatkan pada bangunan yang kini digunakan sebagai Muzium Negeri sekarang. Penubuhan JUPEM oleh pihak British berikutan penyerahan Kelantan oleh pihak Siam kepada kerajaan British melalui Anglo-Siamese Treaty 1909.
1926 Di Kelantan, pemilikan tanah adalah secara primitif dan menurut kebiasaan adat melayu semasa dibawah pemerintahan Siam sehinggalah tahun 1910 diperkenalkan kaedah lebih sistematik untuk mendemarkasikan tanah bermilik. Kerja-kerja ukur pada peringkat awalan menggunakan kaedah rantai dan meja ukur untuk menentukan jarak sempadan tanpa bearing bagi memenuhi Enakmen Tanah Kelantan 1926
1957 Bangunan JUPEM Kelantan yang kini terletak atas Lot 240 Sek.12 Bandar Kota Bharu, Jalan Hospital dengan keluasan premis 1 ekar 528.5 depa dibina pada tahun 1957 dan dirasmikan oleh YB. Encik Bahaman bin Shamsudin, Menteri Hasil Bumi, Persekutuan Tanah Melayu pada 18 September 1958
2002 Bangunan tambahan JUPEM 2 tingkat sekarang bagi menampung pertambahan bilangan kakitangan terkini seramai 130 orang telah siap dibina pada tahun 2000 dan dirasmikan oleh Kebawah DYMM Al Sultan Kelantan pada 14 September 2002 bersamaan 7 Rejab 1423H.

carta_kelantan

 

Jabatan Ukur dan Pemetaan Kelantan

Pengarah:
Sr  Mustafa bin Hj. Md. Kasim
mustafa@jupem.gov.my

Jalan Hospital, 15000 Kota Bahru,
Kelantan Darul Naim.

Tel: 09-7481588 / 09-7481470
Faks: 09-7443923

Pejabat Ukur Jajahan

Pejabat Ukur Jajahan Kelantan Timur
Tingkat 8, Wisma Ilmu
Jalan Doktor
15000 KOTA BHARU

Tel: 09-7484577
Faks: 09-7476235

Pejabat Ukur Jajahan Kelantan Selatan
Jalan Pejabat
18500 MACHANG

Tel: 09-9751206
Faks: 09-9755854

Pejabat Ukur Jajahan Kelantan Barat
Seksyen 1, Bandar Pasir Mas
17000 PASIR MAS

Tel: 09-7909055
Faks: 09-7900758