ARCHIVE

Latest News Archive

Kejohanan Sukan Karom MAKSWIP 2019

Pasukan Karom JUPEM telah menghantar satu pasukan karom lelaki dan dua (2) pasukan karom wanita ke Kejohanan Sukan Karom Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) 2019 yang diadakan pada 27 April 2019 di Rumah PTD, Persiaran Salahuddin, Kuala Lumpur.

Pasukan JUPEM lelaki telah berjaya merampas kembali kejuaraan karom yang telah dimenangi 2 tahun lepas setelah menewaskan pasukan dari Universiti Malaya. Manakala pasukan karom wanita JUPEM B telah mendapat tempat ke-3 serta JUPEM A terkandas di peringkat kumpulan.

Syabas diucapkan kepada pasukan karom lelaki dan wanita yang telah mengharumkan nama JUPEM dipersada sukan karom. Terima kasih kepada pihak Pengurusan Tertinggi JUPEM dan pegawai-pegawai JUPEM yang telah memberi sokongan yang tidak terhingga kepada pasukan karom JUPEM lelaki dan wanita.