ARCHIVE

Latest News Archive

Sambutan Maulidur Rasul

 

 

PUTRAJAYA, 14 Januari 2014 – Kontinjen JUPEM telah mengambil bahagian sempena Perbarisan Sambutan Maulidul Rasul SAW Peringkat KebangsaanTahun 1435H/ 2014M yang telah diadakan bertempat di Masjid Putra, Putrajaya. Sambutan tahun ini masih mengekalkan tema yang sama iaitu “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”. Perarakan disertai 73 pasukan dari jabatan kerajaan, 28 badan berkanun, 20 swasta, 10 badan beruniform, 10 sekolah, 6 institut pengajian tinggi serta kontinjen badan bukan kerajaan (NGO). Peserta telah berarak sejauh 1.7 kilometer bermula di depan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Persiaran Perdana menuju Masjid Putra.