ARKIB

Arkib Berita Terkini

ACARA PERTANDINGAN MENEMBAK PISTOL SEMPENA PESUMA KE-30

KULIM – Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) telah diberi mandat untuk menganjurkan Acara Pertandingan Menembak Pistol sempena Pesta Sukan Ukur Malaysia (PESUMA) Ke-30 yang telah dianjurkan di Lapang Sasar Batalion Ke-2 Kem PGA, Kulim, Kedah pada 17 Mei 15 (Ahad) yang lalu. Acara ini telah dihadiri oleh Pengarah BGSP, YBhg Brig Jen Hj Ahmad Nasir bin Hj Abd Rahman dan YBhg Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, TKP II serta seramai lebih kurang 40 orang wakil dari pelbagai Bahagian JUPEM dan dari Seksyen Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur. Turut sama hadir dalam acara tersebut, YBhg Dato’ Hajah Sepiah bt Isa, Pegawai Daerah Kulim dan wakil-wakil daripada Brunei, Tankur Sabah serta wakil RELA.Acara tersebut telah dimulakan dengan demonstrasi menembak daripada Pegawai dan Staf BGSP untuk kategori menembak pelarasan bagi individu dan kategori jatuh piring bagi acara berkumpulan. Para pegawai dan anggota dari Batalion 513 AW, unit-unit di bawah naungan 6 Bgd, RELA dan Batalion Ke-2 PGA juga turut sama hadir dalam membantu menjayakan acara tersebut.

Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh YBhg Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan sesi bergambar bersama peserta pertandingan menembak pistol sempena PESUMA Ke-30. – Mej Siti Zuraida bt Ahmad Zuhdi.