ARKIB

Arkib Berita Terkini

Amanat Tahun Baharu 2015 oleh KPUP

 

Pada 19 Januari 2015 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah di adakan majlis Amanat Tahun Baharu 2015 oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP).

Majlis tersebut telah di hadiri TKPUP I, TKPUP II, Pengarah Ukur Negeri/Bahagian/Seksyen, pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat JUPEM. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pegawai-pegawai kader JUPEM daripada pelbagai jabatan.

Majlis di mulai dengan nyayian lagu Negaraku serta persembahan koir JUPEM. Selepas itu bacaan ikrar oleh semua pegawai dan kakitangan yang hadir dan diikuti oleh persembahan montaj sorotan JUPEM sepanjang tahun 2014.

Amanat Tahun Baharu 2015 telah di sampaikan oleh YBrs. Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, KPUP. Penyampaian amanat tahun baharu oleh KPUP mengenai pencapaian, perancangan, stratergi jabatan serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan jabatan serta keperluan perkhidmatan awam. Dan di harapkan kejayaan yang lebih gemilang pada tahun 2015.

Pada akhir majlis tersebut, telah di adakan penyampaian sijil dan cenderahati kepada pesara JUPEM tahun 2014.