ARKIB

Arkib Berita Terkini

Bengkel dan Demonstrasi Kajian Penggunaan UAV & Keberkesanannya bagi Kawasan Tanah Tinggi

Bengkel dan Demonstrasi Kajian Penggunaan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) & Keberkesanannya bagi Kawasan Tanah Tinggi, Cameron Highlands yang telah diadakan pada 29 – 30 Mac 2017 di Century Pines Hotel dan Resort, Cameron Highlands dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Penganjuran program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana seramai lebih kurang 150 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah menyertai seminar manakala seramai 20 pengamal industri UAV telah menyertai demonstrasi dan bengkel yang diadakan selama dua (2) hari.

Penganjuran bengkel ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang dijalankan untuk menggalakkan lagi amalan terbaik dari aspek-aspek pengurusan, teknologi dan perkhidmatan terkini UAV di Negara ini disamping mentransformasikan bidang pemetaan dan pengawasan ke tahap yang lebih efisyen.