ARKIB

Arkib Berita Terkini

Bengkel KIK JUPEM

JUPEM telah menganjurkan satu program iaitu Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JUPEM bagi fasilitator dan ketua kumpulan pada 15-17 April 2014 bertempat di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur. Bengkel ini telah di hadiri seramai 40 orang peserta dari pelbagai seksyen dan JUPEM Negeri.

Objektif program ini adalah bertujauan untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan mendalami keperluan KIK kepada peserta-peserta
– Berkebolehan menyediakan kertas projek KIK mengikut proses yang betul dan lengkap.
– Memahami teknik penyelesaian masalah dan penam-bahbaikan yang bersesuaian, betul, kreatif, inovatif dan efektif
– Bersedia membantu kumpulan-kumpulan KIK untuk melaksana projek dengan betul, sistematik dan berkesan
– Bersedia mempersembahkan projek mengikut kriteria yang diperlukan dan dengan penuh keyakinan