ARKIB

Arkib Berita Terkini

Bengkel Pemurnian Dokumen SPK MS ISO 9001:2008 JUPEM

Pada 20-23 Mei 2014 bertempat di INTEKMA Shah Alam, JUPEM telah menganjurkan satu Bengkel Pemurnian Dokumen Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Bengkel ini telah di hadiri seramai 26 orang daripada pelbagai bahagian/negeri bagi tujuan

  • Meminda dokumen prosedur kualiti selaras dengan penyusunan semula organisasi jabatan yang baharu dan aktiviti pemetaan topografi yang dijalankan secara desentralisasi; dan
  • Menambahbaik dan mengemaskini dokumen prosedur kualiti bagi mematuhi perlaksanaan SPK.

Penstrukturan semula JUPEM melalui Waran Perjawatan Bil. E 128 Tahun 2013 yang berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2013 telah memberi kesan kepada proses kerja pengurusan dan penerbitan peta topografi yang dijalankan secara desentralisasi. Selain daripada itu, proses kerja pengurusan dan perkhidmatan ukur kadaster untuk penyediaan pelan hakmilik tanah turut mengalami perubahan. Sehubungan itu, dokumen kualiti sistem pengurusan kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 perlu dikemaskini selaras dengan perubahan proses-proses kerja di atas..