ARKIB

Arkib Berita Terkini

Cerapan Gerhana Matahari Separa

Jabatan Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya dan Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menjalankan aktiviti cerapan Gerhana Matahari Separa bertempat di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 21 Jun 2020 (Ahad) bersamaan 29 Syawal 1441H. YBhg. Dato’ Sr Dr Azhari Bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah turut menyertai aktiviti cerapan. Solat sunat gerhana berserta khutbah turut diadakan dan telah diketuai oleh Imam Masjid Ustaz Mohd Zikri bin Zainal mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.