ARKIB

Arkib Berita Terkini

HALAMAN KOLEKSI TANDA SEMPADAN @ JUPEM PERAK

PERAK, 6 April 2022 - Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perak berjaya mengumpul tanda-tanda sempadan lama yang terdapat di negeri Perak. Koleksi ini telah dinamakan sebagai "Halaman Koleksi Tanda Sempadan" dan ia telah dirasmikan pada 14 Mac 2022 bersamaan dengan 11 Syaaban 1443 Hijrah.

Perasmian 'halaman' ini telah disempurnakan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perak (ketika itu) iaitu Sr Kamil bin Ariffin dimana beliau sendiri yang mencadangkan supaya galeri ini diwujudkan bagi tujuan penyimpanan sebahagian khazanah JUPEM untuk tatapan umum.

Terdapat hampir 20 jenis tanda sempadan yang unik dan mungkin sukar ditemui lagi telah disusun dan ditanam semula untuk tatapan umum, dan ditempatkan di luar perkarangan JUPEM Perak.