ARKIB

Arkib Berita Terkini

Hari Keempat Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana JUPEM, “NRE Caring Programme” di Kuala Terengganu

Kuala Terengganu, Terengganu 24 Januari 2015, bertempat di Dewan Serbaguna, Kilang Batu Sempadan Cendering, Kuala Terengganu, telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa-Mangsa Banjir bagi kakitangan JUPEM Terengganu. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Majlis dimulakan dengan Ucapan aluan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu, Sr Hamdan bin Ab. Aziz diikuti dengan ucapan perasmian oleh KPUP dan seterusnya penyampaian sumbangan kepada 21 orang mangsa banjir. Satu sidang media ringkas juga turut diadakan sebelum pasukan sukeralawan bertolak ke Temerloh, Pahang.