ARKIB

Arkib Berita Terkini

Hari Ketiga Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana JUPEM, “NRE Caring Programme” 23 Januari 2015

Kota Bahru, Kelantan 23 Januari 2015, seramai 113 kakitangan JUPEM Kelantan dan 3 kakitangan daripada JUPEM Perak yang terlibat dengan bencana banjir berserta sukarelawan dan kakitangan JUPEM Kelantan telah berkumpul di Perkarangan Ibu Pejabat JUPEM Kelantan untuk turut srta dalam Majlis Penyampaian Sumbangan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti pula ucapan aluan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Kelantan. Sebaik sahaja selesai Ucapan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan oleh Wakil RISM Cawangan Pantai Timur kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan Kelantan. Acara diteruskan lagi dengan majlis penyampaian sumbangan oleh KPUP kepada semua mangsa banjir bagi kakitangan JUPEM Kelantan dan Perak yang merupakan bantuan kewangan sebanyak RM 500.00 yang disumbangkan oleh Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia, beras dan barang keperluan-keperluan asas yang lain. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar mangsa-mangsa banjir bersama KPUP dan sedikit jamuan ringan. Satu sidang media juga turut diadakan bersama KPUP berkenaan program yang dijayakan oleh Jabatan sebaik sahaja selesai penyampaian sumbangan kepada semua mangsa banjir.