ARKIB

Arkib Berita Terkini

INFORMAL TECHNICAL DISCUSSION OF THE COMMON BORDER DATUM REFERENCE FRAME (CBDRF) PROJECT AS PART OF THE ACTION PLAN TOWARD THE RESOLUTION OF THE OUTSTANDING BOUNDARY PROBLEMS (OBP) OF THE INTERNATIONAL BOUNDARY BETWEEN MALAYSIA (SABAH) AND INDONESIA (KALIMANTAN UTARA)

Satu Informal Technical Discussion of the Common Border Datum Reference Frame (CBDRF) Project as Part of the Action Plan Toward the Resolution of the Outstanding Boundary Problems (OBP) of the International Boundary between Malaysia (Sabah) and Indonesia (Kalimantan Utara) telah diadakan pada 2-3 Ogos 2022 bertempat di Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur. Perbincangan ini merupakan yang pertama kalinya diadakan secara fizikal sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 16 Mac 2020.

 

Pihak Malaysia diketuai oleh YBrs. Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik), manakala di pihak Indonesia pula, diketuai oleh Bapak Eko Artanto, Koordinator Bidang Pemetaan Batas Negara, Pusat Pemetaan Batas Wilayah, Badan Informasi Geospasial. Turut hadir dalam perbincangan ini adalah Sr Zuhairy bin Ibrahim selaku Pengerusi CBDRF Malaysia, dan Sr Simeon Dewal Mail selaku Chief of Field Party (CFP) Malaysia bagi sektor Sabah-Kalimantan Utara. Turut hadir bersama delegasi dari Malaysia iaitu Sr Saiful Nizam bin Saip (PUS-Seksyen Sempadan darat Malaysia), Sr. DR. Muhammad Asyran bin Che Amat (SME-Satelite Geodetik) dan En.Muhamad Ridhwan bin Ruslan (Seksyen Infrastruktur Rujukan Spatial).