ARKIB

Arkib Berita Terkini

JUPEM JUARA SIMFONI SENI 2015


PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah menganjurkan pertandingan Simfoni Seni 1NRE pada 10 Jun 2015 bersempena Hari Inovasi NRE 2015. Sebanyak 13 Jabatan telah menyertai hari pertandingan tersebut yang bertemakan alam sekitar.


Dalam pertandingan ini, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah berjaya mendapat Johan sekaligus menewaskan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ditempat kedua dan NRE ditempat ketiga. Persembahan JUPEM yang terdiri daripada 26 peserta telah mengadakan tarian kreatif bertemakan “AIR”. Barisan juri adalah terdiri daripada Petronas Performing Art, ASWARA dan RTM.

Menurut Pengurus Kumpulan Perseju of Fine (JUPEM), En. Shah Iran, JUPEM telah berjaya meraih johan dengan membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang ringgit RM4,000.00 dan sijil.