ARKIB

Arkib Berita Terkini

JUPEM menerima kunjungan hormat dari JPPH Malaysia



KUALA LUMPUR, 3 Disember - YBhg. Dato' Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menerima kunjungan hormat delegasi dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Malaysia yang diketuai oleh YBrs. Sr Haji Mohd Khairudin bin Abd Halim, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta di Bilik Mesyuarat Berlian, Tingkat 11, Wisma JUPEM pada hari ini bagi membincangkan kerjasama dan halatuju antara JUPEM dan JPPH terutamanya berkaitan perkongsian data kadaster dan pemetaan.