ARKIB

Arkib Berita Terkini

JUPEM @ PROGRAM JALAN TEGUH BERSAMA SEMPENA PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2022

JUPEM turut menjayakan Program Jalan Teguh Bersama bersempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022. Ia berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik, meriah dan warna-warni.

Seramai 20 orang wakil JUPEM, bersama menyertai kontijen Kementerian Tenaga dan Sumber Asli seramai 224 orang telah menghadiri sejak seawal pagi di Dataran Putra, Putrajaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia , Tan Sri Annuar Musa bersama Jemaah Menteri turut menyertai lebih 15,000 peserta program berjalan secara santai sejauh 2.7 kilometer itu.