ARKIB

Arkib Berita Terkini

JUPEM Pulau Pinang juara pertandingan cabaran inovasi MCCE 2014

Kumpulan Mutiara Milenium JUPEM Pulau Pinang telah menjadi juara dalam pertandingan cabaran inovasi sempena Persidangan & Pameran Pengkomersilan MOSTI 2014 (MCCE 2014) anjuran MOSTI yang telah diadakan pada 13-15 Ogos 2014 di Pusat Konvensyen Shah Alam. Sebanyak 38 kumpulan daripada pelbagai kementerian dan agensi telah menyertai pertandingan tersebut. Hanya 5 kumpulan yang terbaik dipilih daripada 38 kumpulan untuk bertanding di peringkat akhir cabaran inovasi.

Keputusan Pertandingan Akhir Cabaran Inovasi seperti berikut :

  • Johan – JUPEM
  • Naib Johan – JAKIM
  • Ketiga – APMM

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Mutiara Milenium JUPEM Pulau Pinang dan semoga terus cemerlang dalam mencipta inovasi baru pada masa depan.