ARKIB

Arkib Berita Terkini

JUPEM Raih Juara Keseluruhan di Sambutan Hari Inovasi 1NRE 2014


Pada 4 November 2014. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah mengadakan Sambutan Hari Inovasi 1NRE di Dewan Baiduri NRE, Putrajaya. Hari tersebut merupakan hari penuh makna bagi JUPEM yang telah menjadi Juara Keseluruhan sempena Sambutan Hari Inovasi 1NRE 2014. JUPEM telah meraih kemenangan dalam pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan pertandingan Inovasi. Pertandingan-pertandingan yang telah dimenangi oleh JUPEM adalah seperti berikut:
1) Johan Pertandingan Inovasi 1NRE (Mutiara Mileneum)
2) Johan KIK Teknikal (Mutiara Mileneum)
3) Johan KIK Pengurusan (Cakna)
4) Naib Johan KIK Teknikal (Global)
5) Naib Johan Pertandingan Simfoni Seni 1NRE
6) Naib Johan Pertandingan Koir Inovasi 1NRE
7) Tempat Ketiga Rekaan dan Hiasan Pameran