ARKIB

Arkib Berita Terkini

JUPEM terima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan


Pada 19 Januari 2015, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2013 bagi Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun Persekutuan bertempat di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.Anugerah tersebut telah di sampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa kepada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Ahmad Fauzi Nordin. Anugerah tersebut di berikan atas kecemerlangan JUPEM dalam pengurusan kewangan jabatan sepanjang tahun 2013.