ARKIB

Arkib Berita Terkini

Kejayaan Pasukan QE/5S JUPEM Kedah

 

Pada 24-26 November 2014 bertempat di KLCC Kuala Lumpur, Pasukan QE/5S JUPEM Kedah telah menyertai Konvensyen Team Excellence (QE/5S) Kebangsaan 2014 sempena Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2014 (APIC 2014) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Pada pertandingan konvensyen tersebut, JUPEM Kedah telah berjaya menjadi Johan Sektor Awam Kategori Persekutuan. Konvensyen tersebut telah disertai oleh 36 pasukan QE/5S dari sektor awam dan swasta. Anugerah kejohanan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YBhg. Datuk Rabecca Fatima Sta Maria dan disaksikan oleh Pengerusi MPC, YBhg. Tan Sri Azman Hashim yang juga Pengerusi Kumpulan AmBAnk.