ARKIB

Arkib Berita Terkini

Kempen Derma Darah

KUALA LUMPUR, 16 Januari – Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah, Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah bertempat di Dewan Ukur JUPEM.

Kempen ini telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat JUPEM.

Seramai 130 orang penderma yang terdiri daripada warga JUPEM, anggota Rejimen Askar Jurutera DiRaja (RAJD) dan beberapa orang awam telah hadir dalam kempen ini. Dalam pada itu, hanya 101 orang penderma yang berjaya melepasi saringan untuk menderma darah.

Pihak urus setia JUPEM dan RISM mengucapkan terima kasih kepada para penderma dan staf PDN yang diketuai oleh Dr. Fariza di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan kempen ini.