ARKIB

Arkib Berita Terkini

Konvensyen Horizon Baharu KIK JUPEM 2019

Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JUPEM 2019 telah berjaya diadakan pada 11 September 2019 (Rabu) bertempat di Dewan Prima, Wisma LJT, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi serta semua Pengarah Ukur Bahagian/Pengarah Bahagian/Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri.
 
Konvensyen ini telah disertai oleh enam (6) kumpulan yang terdiri daripada Kumpulan Perpatih (JUPEM Negeri Sembilan), Kumpulan Tetris (Bahagian Perancangan dan Korporat), Kumpulan Mutiara Prolenium (JUPEM Pulau Pinang), Kumpulan Prestij (JUPEM Johor), Kumpulan Poh Paleh (JUPEM Pahang) dan Kumpulan T-smart (Pejabat Topografi Wilayah Kuantan).
 
Kumpulan Perpatih dari JUPEM Negeri Sembilan telah dinobatkan sebagai Johan Konvensyen KIK. Naib Johan pula dimenangi oleh Kumpulan Tetris dari Bahagian Perancangan dan Korporat manakala Tempat Ketiga dimenangi oleh Kumpulan Mutiara Prolenium dari JUPEM Pulau Pinang.
 
Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan KIK yang menyertai kerana berani tampil memberikan persembahan dan komitmen yang tinggi.