ARKIB

Arkib Berita Terkini

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2017

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2017 telah berjaya diadakan pada 13 April 2017 di Dewan Prima, Wisma LJT, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta semua Pengarah Ukur Bahagian/ Pengarah Bahagian/ Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri.

Konvensyen ini telah disertai oleh enam (6) pasukan yang terdiri daripada JUPEM Negeri Sembilan (PERPATIH), Bahagian Pemetaan Utiliti (i-padu), JUPEM Terengganu (PAYANG), Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (G2U), Bahagian Pemetaan Topografi Sabah (NABALU) dan Bahagian Geospatial Pertahanan (UGeo). Pasukan dari JUPEM Terengganu (PAYANG) telah dinobatkan sebagai Johan Konvensyen KIK dan Anugerah Persembahan Terbaik. Naib Johan dan Anugerah Dokumentasi Terbaik pula dimenangi oleh Kumpulan UGeo dari Bahagian Geospatial Pertahanan manakala Tempat Ketiga dan Anugerah Pameran Terbaik dimenangi oleh Kumpulan PERPATIH dari JUPEM Negeri Sembilan.

Tahniah diucapkan kepada semua kumpulan KIK yang menyertai kerana berani tampil memberikan persembahan dan komitmen yang tinggi.