ARKIB

Arkib Berita Terkini

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JUPEM 2015

Selangor, 4 Disember 2015 – Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menganjurkan satu Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2015 pada 1 – 3 Disember 2015 bertempat di Hotel Flamingo, Ampang, Selangor. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin dan turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Ukur I & II serta wakil-wakil pengurusan pihak Jabatan.

Konvensyen kali ini disertai oleh 12 pasukan yang mana 11 pasukan adalah dari JUPEM Negeri. Konvensyen kali ini telah menyaksikan Kumpulan Geliga dari JUPEM Terengganu meraih tiga (3) anugerah iaitu Johan Konvensyen KIK, Persembahan Terbaik dan Pameran Terbaik. Dengan kemenangan ini, Kumpulan Geliga Berjaya membawa pulang jumlah wang kemenangan sebanyak RM4,350.00, piala iringan dan piala pusingan. Tempat kedua dan Dokumentasi Terbaik pula dimenangi oleh Kumpulan Sinar dari JUPEM Kelantan dengan wang kemenangan sebanyak RM2,850.00 dan piala iringan, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Poligon dari Bahagian Pemetaan Topografi Sabah dengan membawa pulang wang hadiah sebanyak RM1,500.00 dan piala iringan.