ARKIB

Arkib Berita Terkini

KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PENGARAH KOPERASI JURUKUR TANAH BERLESEN BERHAD (KOJUTA) KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 17 Ogos - Satu kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia oleh Lembaga Pengarah KOJUTA yang diketuai oleh Sr Haji Sirajudin bin Haji Ahmad, Pengerusi KOJUTA; Sr Haji Nik Mazlan bin Nik Mohamad, Timbalan Pengerusi KOJUTA; Sr Haji Khairul Saleh bin Haji Jamaludin, Setiausaha KOJUTA; Sr Mok Kam Loong, Bendahari KOJUTA dan Sr Haji Mohamed Nordin bin Sabran, Mantan Pengerusi KOJUTA/Anggota Lembaga KOJUTA. 

Dalam sesi kunjungan tersebut, Ahli Lembaga KOJUTA berkesempatan membincangkan hala tuju KOJUTA dan perancangan KOJUTA pada masa hadapan dalam memartabatkan KOJUTA sebagai satu organisasi yang dapat menjana keuntungan dan memberikan manfaat kepada seluruh ahli KOJUTA melalui urus niaga yang strategik. 

Pada akhir kunjungan hormat tersebut, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia turut berkesempatan mendemostrasikan dan menguji ketepatan Jam Matahari kepada Lembaga Pengarah KOJUTA yang terletak di hadapan Bangunan Wisma JUPEM.