ARKIB

Arkib Berita Terkini

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN ROYAL INSTITUTION OF SURVEYORS MALAYSIA (RISM) KE JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)

KUALA LUMPUR, 8 Jun - Delegasi dari Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) yang diketuai oleh Presiden RISM, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada hari ini. Delegasi RISM tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Presiden RISM iaitu Sr Dainna binti Baharuddin, Setiausaha Agung RISM, Sr Saiful Wazlan Bin Wahab, Bendahari Agung RISM, YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab Rahman serta YBhg. Datuk Sr Hj. Johari bin Wahab yang merupakan Pengerusi Geomatics and Land Surveying Division (GLS-RISM).

Kunjungan hormat tersebut turut membincangkan aktiviti-aktiviti RISM yang telah dirancang bagi tahun 2022 serta beberapa kerjasama antara RISM dan JUPEM dalam menganjurkan program seperti seminar 24th International Surveyors' Congress (ISC) 2022.

RISM merupakan satu institusi profesional yang menyatukan profesion Ukur seperti Juruukur Tanah melalui Geomatics and Land Surveying Division (GLS-RISM), profesion Juruukur Bahan melalui Quantity Surveying Division (QS-RISM), profesion Juruukur Penilaian Harta melalui Property Surveying Division (PS-RISM) serta Juruukur Bangunan melalui Building Surveyor Division (BS-RISM).

Pada akhir sesi kunjungan tersebut, YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali telah menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed sebagai tanda kenang-kenangan.