ARKIB

Arkib Berita Terkini

Latihan Kecemasan Kebakaran JUPEM

 

Kuala Lumpur – Pada 12 Februari 2013 bertempat di Ibu Pejabat JUPEM telah di adakan satu latihan kecemasan kebakaran. Latihan kecemasan kebakaran JUPEM telah di adakan dengan kerjasama Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersama Emergency Resque Team (ERT) JUPEM. Tujuan latihan kecemasan kebakaran ini di adakan adala bertujuan ;
– Supaya penghuni-penghuni yang di ancam oleh kebakaran boleh bertindak dengan tenang dan teratur.
– Supaya jalan-jalan laluan dan tangga keselamatan (main of escape) di gunakan mengikut kaedah-kaedah yang telah dirancang.
– Supaya gerak tindakan untuk mengosongkan bangunan dapat dilaksanakan dengan cepat dan teratur.
– Untuk melatih petugas-petugas kebakaran yang dilantik menjalankan tugas-tugas yang diberikan melaksanakannya dengan sempurna dan mengikut prosedur.
– Supaya dapat menguji keupayaan bertindak serta keberkesanan peralatan kebombaan yang terdapat pada bangunan tersebut.