ARKIB

Arkib Berita Terkini

LAWATAN DARI LUAR NEGARA: BANGLADESH KE JUPEM

KUALA LUMPUR, 22 April 2022 - ???????????????? ???????????????????????????????????????????????????????? ???????????????????????????????? ???????????????????????? (????????????????) atau Pusat Latihan Pentadbiran Tanah, Dhaka, Bangladesh yang diketuai oleh Mr Md Arif, Pengarah LATC bersama-sama empat belas (14) orang pegawai LATC telah mengadakan lawatan ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 22 April 2022, Jumaat. 

Pegawai-pegawai LATC telah disambut oleh Sr Rabiulkhair bin Mohd Nor, Pengarah Ukur Seksyen, Bahagian Perancangan dan Korporat serta diiringi oleh Sr Izuan bin Hashim ke Pusat Khidmat Pelanggan JUPEM bagi memberi sedikit penerangan mengenai produk dan penerbitan jabatan.

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah bagi mendapatkan maklumat mengenai sistem pengurusan tanah yang dijalankan dalam sistem pengurusan hakmilik di Malaysia. 

Sesi lawatan ini jua disekalikan dengan satu taklimat yang disampaikan oleh Sr Looi Kam Seng, Pengarah Ukur Seksyen (Perundangan Kadaster)- SME Kadaster (Ukuran Kadaster) di mana beliau berkongsi pengalaman dalam sistem ukuran kadaster yang dipraktikkan di negara ini.

Selain itu, Sr Looi Kam Seng turut membentangkan mengenai penglibatan agensi selain JUPEM dalam pengurusan tanah di Malaysia seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG) dan Pejabat Tanah serta menerangkan serba sedikit proses pengeluaran geran hakmilik tanah, hakmilik bawah tanah dan pengurusan strata. 

Di akhir lawatan ini, delegasi dari LATC diiring ke lobi utama bagi sesi bergambar dan penyampaian cenderahati.

Pihak JUPEM berbesar hati atas kesudian pihak LATC, Bangladesh meninjau dan mengadakan siri lawatan disini, dan diharap dapat mewujudkan kerjasama dua hala pada masa akan datang.