ARKIB

Arkib Berita Terkini

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli ke JUPEM

KUALA LUMPUR, 4 Mei - YB Tuan Ali anak Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada hari ini.

Kehadiran YB Timbalan Menteri disambut oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia; YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II; YBrs. Mohd ‘Ashraf bin Mohd Noor, Setiausaha Bahagian Kanan (Tanah, Pemetaan dan Geospatial), KeTSA; Kol. Sr Muhamad Nadzir bin Mat Isin, Timbalan Pengarah Bahagian (Geospatial Pertahanan); Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat) serta pegawai-pegawai JUPEM.

YB Timbalan Menteri turut diberi taklimat berkaitan peranan dan fungsi JUPEM oleh YBrs. Sr Sohaime bin Hj. Rasidi dan pembentangan aplikasi Dashboard WebGIS untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapat maklumat terperinci mengenai COVID-19 oleh Lt. Kol. Norazlin binti Pamuji dari Bahagian Geospatial Pertahanan.