ARKIB

Arkib Berita Terkini

Lawatan Kerja YBhg. Dato' KPUP Ke JUPEM Selangor

SHAH ALAM, 23 Jun - Satu Lawatan Rasmi ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah disambut oleh YBrs. Sr Hj. Hamdan bin Ab. Aziz, Pengarah Ukur dan Pemetaan Selangor dan pegawai-pegawai lain. Turut hadir dalam lawatan ini YBhg. Datin Hindon binti Osman, Pengerusi Puspanita JUPEM dan beberapa ahli Puspanita JUPEM.

Lawatan Kerja YBhg. Dato' KPUP ini antaranya bertujuan secara melihat secara dekat aktiviti-aktiviti di JUPEM Selangor di samping menyampaikan Sijil Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada kakitangan JUPEM Selangor, merasmikan Galeri Alatan Ukur JUPEM Selangor dan penyerahan sumbangan kepada kakitangan JUPEM Selangor yang kurang bernasib baik.

Pada akhir lawatan tersebut, YBrs. Sr Hj. Hamdan bin Ab. Aziz telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ KPUP sebagai tanda kenang-kenangan.

Semasa lawatan ini, YBhg. Dato’ KPUP juga berkesempatan melawat Encik Mohd Ashraf bin Mohd. Ridzuan, Pembantu Tadbir N19 yang mengalami serangan angin ahmar (haemorrhage stroke). Beliau juga merupakan penerima APC tahun 2019. Tahniah dan didoakan semoga kesihatan beliau pulih seperti sedia kala.