ARKIB

Arkib Berita Terkini

Lawatan Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka

 

 

Kuala Lumpur – Pada 6 Mac 2014 seramai 29 orang pelajar Diploma Ukur Tanah Politeknik Merlimau, Melaka telah mengadakan lawatan akedemik ke Ibu Pejabat JUPEM. Tujuan lawatan akedemik adalah untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai fungsi, peranan dan proses kerjaukur geodetik. Dalam lawatan tersebut yang turut disertai oleh 4 orang pensyarah, pelajar-pelajar telah diberikan taklimat ringkas mengenai JUPEM, aktiviti ukur geodetik dan demontrasi cerapan menggunakan alat GPS.