ARKIB

Arkib Berita Terkini

Majlis Amanat Tahun Baharu 2017

KUALA LUMPUR, 16 Januari –  Majlis Amanat Tahun Baharu 2017 telah diadakan di Dewan Ukur JUPEM, Kuala Lumpur. Seramai hampir 300 orang pegawai dan kakitangan JUPEM  termasuk pegawai-pegawai kader JUPEM dari pelbagai jabatan/agensi dan wakil-wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah hadir bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Bersempena majlis tersebut, YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil turut melancarkan dokumen Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) JUPEM dan Buku Pelan Strategik ICT JUPEM 2016 – 2020 serta menyampaikan sijil dan cenderahati kepada pegawai pesara tahun 2016.