ARKIB

Arkib Berita Terkini

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 JUPEM

Pada 24 Jun 2014 bertempat di Dewan Merak Kayangan, Jalan Semarak Kuala Lumpur telah berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 JUPEM. Penganjuran majlis seumpama ini merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap warga JUPEM yang telah menunjukkan presatasi cemerlang sepanjang tahun 2013.Majlis telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan serta pegawai kanan jabatan.

  • – Anugerah Khidmat Setia : seramai 8 orang penerima yang telah berkhidmat selama 38 tahun ke atas.
  • – Anugerah Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan : seramai 3 orang penerima
  • – Anugerah Perkhidmatan Cemerlang : seramai 382 orang penerima termasuk kumpulan Pengurusan dan Profesional serta sokongan