ARKIB

Arkib Berita Terkini

Majlis Menandatangani Persetujuan Kerjasama antara JUPEM dan DOA

KUALA LUMPUR, 30 Jul - Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) telah mengadakan Majlis Persetujuan Kerjasama berkaitan Perkongsian Maklumat Geospatial dan Pembangunan Kompetensi pada hari ini. Tujuan utama majlis ini diadakan untuk perkongsian bersama data geospatial melalui MyGeoServe secara Service-Oriented Architecture (SOA). 

Persetujuan kerjasama ini telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur Pemetaan Malaysia manakala Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) ditandatangani oleh YBhg. Datuk Mohd Nasir bin Warris, Ketua Pengarah Pertanian Malaysia yang telah dilaksanakan secara maya melalui Aplikasi Zoom. 

Turut hadir mengiringi YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan adalah YBrs. Sr Sohaimie bin Hj. Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II dan YBrs. Sr Wan Mohamad Darani Bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan). Majlis rasmi ini juga dimeriahkan dengan kehadiran seramai 35 pegawai kanan JUPEM.