ARKIB

Arkib Berita Terkini

Majlis Penilaian dan Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR)

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah melangkah setapak ke hadapan untuk mendapatkan pengiktirafan dari Malaysia Book of Records (MBR) dengan melaksanakan Cerapan Matahari Serentak di Seluruh Malaysia yang disertai oleh 186 pengukur dan berjaya direkod adalah 182 pengukur dari seluruh Semenanjung Malaysia dan W.P. Labuan.

Seawal jam 8.00 pagi, bertempat di perkarangan Ibu Pejabat JUPEM, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan beberapa pegawai dari Bahagian Kadaster telah melaksanakan cerapan matahari disaksikan dan dinilai oleh Pegawai dari MBR iaitu Encik Edwin Yeoh Tiong Chin, Pengurus Bahagian Operasi, Penyelidikan & Pemasaran dan Cik Nurul Fatihah Mahmood, Penganalisis Penyelidikan. Taklimat mengenai cerapan matahari telah diberikan oleh Sr Looi Kam Seng dari Bahagian Kadaster.

Selepas cerapan dinilai, warga JUPEM dan pegawai MBR telah ke Pusat Khidmat Pelanggan untuk menilai satu lagi usaha JUPEM ke arah pengiktirafan MBR iaitu Peta Topografi Terpanjang di Malaysia berukuran 8.029 meter. Pihak MBR mengukur dan menilai kedua-dua aktiviti ini mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Semoga kedua-dua aktiviti ini mendapat pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records kelak dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga JUPEM untuk terus berusaha mengharumkan nama jabatan ini pada masa hadapan.