ARKIB

Arkib Berita Terkini

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN SURVEYORS SOCIAL RESPONSIBILITY (SSR) SEMPENA GLOBAL SURVEYORS’ DAY 2022 (GSD 2022) KEPADA PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL HUSNA, KUANTAN PAHANG

KUANTAN, 1 April 2022 - Majlis Penyampaian Sumbangan Surveyors Social Responsibility (SSR) sempena Global Surveyors’ Day 2022 (GSD 2022) telah diadakan secara ringkas di Rumah Anak Yatim & Fakir Miskin Baitul Husna, Kuantan, Pahang. Tn Haji Alias bin Ibrahim iaitu Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna adalah Juruukur Tanah Berlesen syarikat Jurukur Mahabob & Co. Sdn. Bhd yang juga merupakan salah satu komuniti ukur. Pemilihan pertubuhan ini sebagai penerima sumbangan seiring dengan tema GSD tahun ini iaitu “Komuniti Ukur Responsif”.

Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Sr Ismail bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Juruukur Tanah (LJT) kepada Pengerusi Baitul Husna, Tuan Haji Alias bin Ibrahim dengan penyerahan mock up cheque bernilai RM10,000. Turut memeriahkan majlis ialah dengan kehadiran Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, wakil Ibu Pejabat JUPEM, Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Pahang, Sr Wan Safinah binti Wan Azlan, wakil PUSPANITA, dan Sr Hj Annual bin Aziz & Sr Haji Wan Fauzi bin Wan Abdul Kadir, wakil kakitangan Juruukur Mahabob & Co. Sdn. Bhd.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati kepada anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna. Semoga dengan sumbangan tersebut, objektif majlis ini diadakan tercapai iaitu bagi memupuk perasaan keprihatinan dan bertimbang rasa terhadap golongan yang memerlukan.