ARKIB

Arkib Berita Terkini

Majlis Penyampaian Surat Pengiktirafan Kepada Pegawai Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) JUPEM

Majlis Penyampaian Surat Pengiktirafan kepada Pegawai Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) JUPEM telah diadakan pada 10 September 2019 bertempat di Wisma Sumber Asli, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).
 
Surat Pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dan diiringi oleh YBhg. Datuk Zurinah binti Pawanteh, Ketua Setiausaha KATS serta YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I.
 
Seramai lapan (8) orang Juruukur di JUPEM telah diiktiraf sebagai Pegawai Pakar Bidang Khusus oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) yang berperanan untuk memberikan khidmat pakar dan menjadi sumber rujukan dalam dan luar organisasi mengikut bidang kepakaran masing-masing.
 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Pegawai Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert-SME) JUPEM di atas pengiktirafan ini.