ARKIB

Arkib Berita Terkini

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas sempena Persaraan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas oleh YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia kepada YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I telah berlangsung di Dewan Ukur JUPEM pada 3 November 2016 yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II dan semua Pengarah Ukur Bahagian/ Pengarah Bahagian/ Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri serta kakitangan JUPEM.

Bersempena majlis tersebut, YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin juga telah menyampaikan sijil kepada pembentang Kertas Kerja Terbaik dalam Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur Tahun 2016 iaitu Sr Ahmad Azman bin Ghazali, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pulau Pinang.

Majlis diakhiri dengan sesi mengetik kad perakam waktu buat kali terakhir YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin di Lobi Wisma JUPEM.