ARKIB

Arkib Berita Terkini

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas sempena persaraan KPUP

 

Kuala Lumpur – Pada 9 April 2014 bertempat di Ibu Pejabat JUPEM telah berlangsung Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas sempena persaraan wajib YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBrs. Sr Ahmad Fauzi bin Nordin (TKPUP I), Sr Hasan bin Jamil (TKPUP II), Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Negeri serta kakitangan Ibu Pejabat JUPEM. Pada majlis tersebut yang dimulai dengan ucapan YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib dan seterusnya telah menyerahkan Nota Serah Tugas KPUP kepada YBrs. Sr Ahmad Fauzi bin Nordin. Selepas itu diikuti pula majlis sesi Punch Card terakhir YBhg. Datuk KPUP dan seterusnya menyaksikan acara tadbir hormat oleh pasukan tentera BGSP. Pegawai-pegawai dan kakitangan JUPEM mengambil kesempatan bersalaman sebagai tanda penghormatan kepada beliau. Akhir kata Selamat Bersara dan jutaan terima kasih atas sumbangan dan bakti di JUPEM (1 April 1978 – 9 April 2014) kepada YBhg. Datuk Prof. Sr Dr. Abdul Kadir bin Taib.

Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalung budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman