ARKIB

Arkib Berita Terkini

Majlis Perasmian Global Surveyors’ Day 2019 (GSD2019)

YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli telah merasmikan sambutan Global Surveyors’ Day 2019 (GSD2019) pada 24 Mac 2019 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kuala Lumpur. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Suhaimi bin Haji Mamat, Timbalan Ketua Setiausaha (Tanah dan Sumber Asli) dan YBhg. Dato’ Sr Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia serta Ketua-ketua Jabatan/Agensi dan kakitangan di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS)

Sambutan GSD2019 yang bertemakan “Surveyors, Express the World”, julung-julung kalinya dianjurkan oleh JUPEM ini juga mendapat sokongan dari Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT), Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM).