ARKIB

Arkib Berita Terkini

Majlis Perhimpunan Bulanan NRE Bersama YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bersama YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar anjuran Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah diadakan di Dewan Ukur JUPEM, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2016. Bersempena majlis perhimpunan tersebut, YB Menteri telah merasmikan Makmal Ujian Alat Pengesanan Utiliti Bawah Tanah dan Pusat Khidmat Pelanggan JUPEM serta melancarkan Buku Atlas Kebangsaan Malaysia.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Datuk Ir. Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian, YBhg. Dato’ Dr. Nadzri bin Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha I dan YBhg. Datuk Sr Ahmad Fauzi bin Nordin, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia serta Ketua-ketua Jabatan/Agensi dan kakitangan di bawah NRE.