ARKIB

Arkib Berita Terkini

Majlis Perhimpunan Bulanan serta Sambutan Hari Inovasi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Sambutan Hari Inovasi 1NRE 2016 telah diadakan di Dewan Baiduri NRE, Wisma Sumber Asli, Putrajaya pada 9 November 2016.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri NRE, YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azimuddin bin Bahari, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Alam Sekitar), YBhg. Dato’ Sr Hasan bin Jamil, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia serta Ketua-ketua Jabatan/Agensi dan kakitangan di bawah Kementerian.

Sempena majlis ini, YB Menteri telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah dianjurkan sempena Hari Inovasi 1NRE 2016. JUPEM  Sabah telah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Terbaik Kategori Teknikal, manakala tempat kedua dan ketiga bagi Pertandingan KIK Terbaik Kategori Pengurusan dimenangi oleh JUPEM Terengganu dan JUPEM Kelantan. Selain itu, JUPEM Pulau Pinang dan Bahagian Kartografi & GIS masing-masing memenangi tempat ketiga bagi Pertandingan Inovasi 1NRE dan Pertandingan Filem Pendek 1NRE.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang yang telah mengharumkan JUPEM.