ARKIB

Arkib Berita Terkini

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) PERWAKILAN MAJLIS SUKAN JABATAN (MSJU) UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA KALI KE-41

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2022 - Mesyuarat AGM MSJU kali ke-41 telah diadakan pada 26 Mei 2022 di Bilik Persidangan, Wisma JUPEM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Naib Yang Dipertua I, Sr Wan Mohammad Darani bin Ab Rahman.

Kehadiran mesyuarat adalah dari YDP KSK Negeri-negeri berserta AJK masing-masing termasuk KSK Institut Tanah Dan Ukur Negara. Bagi AGM kali ini, lantikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Majlis Sukan JUPEM 2022/2024 telah dibuat dan berikut adalah barisan terkini;

AHLI MAJLIS SUKAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA JUPEM (MSJU) 
SESI 2022/2024

1. Sr. Rabiulkhair bin Mohd Nor- Setiausaha Kehormat Majlis Sukan JUPEM
2. Pn Fauziah binti Abdul Rashid- Penolong Setiausaha Kehormat Majlis Sukan JUPEM
3. Sr Muhammad Daud bin Mahdzur- Bendahari Kehormat Majlis Sukan JUPEM
4. Sr Mohd Remey bin Ariffin- Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Majlis Sukan JUPEM
5. En. Khairul Zaid bin Zulkafli- Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Majlis Sukan JUPEM
6. Pn. Suraya Hani binti Abu Hamid- Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Majlis Sukan JUPEM
7. Sr Wan Safinah binti Wan Azlan- Juruaudit Dalaman
8. En. Ahmad bin Mohamed Zin- Juruaudit Dalaman

Dalam AGM ini juga, telah dibentangkan taklimat dan Laporan Persediaan, cadangan Tarikh dan tempat penganjuran PESUMA ke-34 telah dibentangkan oleh Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Yang Dipertua KSK JUPEM Pahang. Dimana tarikh Cadangan PESUMA ke-34 pada 09-12 Jun 2023 di UIA Kampus Pahang.