ARKIB

Arkib Berita Terkini

Pameran JUPEM di Festival Sains Teknologi dan Inovasi (FeSTI)


Pada 27 – 30 Ogos 2014 – JUPEM telah menyertai pameran di Festival Sains Teknologi dan Inovasi (FeSTI) peringkat negeri di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu. Penganjuran festival ini adalah dengan kerjasama kerajaan negeri melalui Unit Inovasi dan Modenisasi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Matlamat penganjuran FeSTI bertujuan memperkasakan program yang berteraskan nilai pendidikan sains, teknologi dan inovasi secara kreatif dan holistik. Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu.