ARKIB

Arkib Berita Terkini

PENGGAMBARAN VIDEO “PENJAGA JAM BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD” OLEH KeTSA

Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (UKK KeTSA) dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan "Video Sepintas" yang bertujuan untuk mempromosikan aktiviti dan perkara-perkara menarik mengenai Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawah KeTSA. Oleh itu pada 17 Ogos 2022, UKK KeTSA telah menjalani penggambaran video bagi tajuk "Penjaga Jam Bangunan Sultan Abdul Samad" yang melibatkan JUPEM sebagai agensi yang terlibat dalam penjagaan jam berkenaan.

Saksikan video berkenaan, yang akan dihasilkan sempena Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2022 yang akan ditayangkan di media sosial KeTSA.